Saturday, December 29, 2012

Kelebihan Al Fatihah

Itulah kelebihan Al Fatihah. Salah baca tidak sah solat kita. Nauzubillah.

Sudahkan kita semua berselawat hari ini.

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sepuluh kali diwaktu pagi, sepuluh kali diwaktu petang, maka dia akan mendapat syafaatku pada hari Kiamat. (HR Tabarani dan Majma uz Zawaid).

Jom berselawat semua ya. 10 kali waktu pagi dan 10 kali waktu petang sahaja. Jika lebih lagi bagus.

Nota:
Sebaik-baiknya selepas solat fardu, buat terus:
a) Istigfar 3 hingga10 kali.
b) Selawat 10 kali.

betul2....

Kalau hendak pilih menantu buat spot check (semak) di Surau Masjid kampung dia dulu.. Ada mari berjemaah tidak, kuliah2 ada tidak muka dia..

Walau pun dia pitih (duit) banyak tapi tidak nampak muka dia dia surau masjid tidak payahlah pilih jadi calon menantu ya....

Friday, September 24, 2010

priodisasi latihan


Pengenalan


            Perancangan tahunan adalah merupakan alat yang digunakan oleh jurulatih

untuk merancang, mengarah dan memandu para atlit bagi latihan sepanjang tahun.

 Dalam mengendalikan dan merancang jadual latihan, jurulatih perlukan jadual latihan

yang sempurna supaya para atlit dapat menjalani program latihan pada tahap yang

paling maksimum. Pada keseluruhannya seseorang atlit perlu berlatih berterusan

selama 11 bulan secara intensif dan boleh mengurangkan latihan pada bulan yang

terakhir. Pada tahap latihan kebiasaannya akan memberikan kebaikan terhadap

psikologi, fisiologi dan system saraf pusat (CNS), namum ia memerlukan masa rehat

yang secukupnya sebelum meneruskan latihan pada tahun yang berikutnya.

            Sebagaimana yang kita ketahui bahawa objektif utama adalah untuk memberi

prestasi yang baik dalam satu-satu pertandingan. Seseorang atlit boleh menghasilkan

kejayaan yang tinggi sekiranya dia memberikan tumpuan da nperhatian yang aktif

dalam masa latihan. Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dan sempurna bagi

seseorang atlit, jurulatih perlu membuat dan mengadakan perancangan atau pelan

latihan tahunan yang boleh membina skil, kecekapan lakuan motor dan memupuk

tahap psikologi yang berterusan serta berkelakuan baik.

            Dalam system latihan, satu perkara yang paling sukar dan paling mencabar

bagi seseorang jurulatih ialah bila mana tahap seseorang atlit itu akan mencapai ke

tahap kemuncaknya. Oleh itu, seseorang jurulatih perlulah mengambil kira semua

aspek-aspek ini supaya mereka akan ke satu tahap ‘peak’ pada masa yang tertentu.

Perancangan yang berterusan sangat perlu bagi jurulatih, terutamanya untuk atlit yang

tidak ada pengalaman.

 



Periodisasi


            Periodisasi adalah proses pembahagian pelan tahunan kepada beberapa fasa

latihan kecil supaya program latihan yang dirancangkan dapat dijalankan secara

teratur. Ini dapat membantu atlit mencapai kemuncak dalam pertandingan-

pertandingan utama. Walau pun bukan semua jurulatih mengetahui tentang butiran

periodisasi tetapi konsepnya bukanlah baru. Perancangan tahuan wujud dalam bentuk

terhalus dalam periodisasi.

            Perancangan latihan tahunan dalam kebanyakan sukan dibahagikan kepada

tiga fasa latihan iaitu;

i.                    Fasa persediaan.
ii.                  Fasa pertandingan.
iii.                Fasa transisi

Kedua-dua fasa dalam peringkat latihan iaitu persediaan dan pertandingan

dibahagikan kepada dua iaitu subfasa dan tugasan adalah berlainan sedikit.

FASA
LATIHAN
PELAN  TAHUNAN
PERSEDIAAN
PERTANDINGAN
TRANSISI
SUB –
FASA
PERSEDIAAN
UMUM
LATIHAN
KHUSUS
PRA –
PERTANDINGAN
PERTANDINGAN
TRANSISI
PUSINGAN
MAKRO










PUSINGAN
MIKRO


































































Rajah 1 : Perancangan tahunan yang sistemik mengikut bahagian beserta dengan fasa     
               dan pusingan latihan.


Keperluan Periodisasi


            Keperluan jangka masa fasa latihan adalah dalam tahap berbeza kerana

perkembangan dan kesempurnaan bagi neuro-maskuler dan fungsi system cardio-

respiratory hanya dapat dicapai melalui satu jangka masa yang panjang secara

berperingkat-peringkat. Tahap potensi physiological dan psychological atlit perlu

diberi perhatian kerana atlit tidak dapat mengekalkan tahap kesempurnaannya

sepanjang tahun. Sebarang penambah bebanan atau latihan dengan latihan sebenarnya

harus dirancang dan diikuti dengan fasa penambah bebanan, bila tahap latuhan

menurun. Dalam fasa persedian jurulatih cuba untuk memupuk asas tahap fisiologi

atlit, manakala di sepanjang fasa pertandingan jurulatih berusaha untuk kesempurnaan 
 
dalam semua aspek seperti mana yang diperlukan khusus untuk keperluan

pertandingan.

pembelajaran dan kawalan moto


Pembelajaran dan kemahiran moto. 
1..Senaraikan tiga kriteria bagi mengkategorikan pengkelasan kemahiran berdasarkan kepada klasifikasi kemahiran satu dimensi. 
  • Persekitaran
- terbahagi kepada 2 iaitu kemahiran terbuka dan kemahiran tertutup:
1) kemahiran terbuka ialah kemahirarn dimana pergerakan yang dilakukan melibatkan pergerakan yang bergantaung pada situasi semasa. Contohnya seseorang pemain bola sepak yang berada di posisi penyerang melakukan pergerakan semasa hendak menjaringkan gol.
2) kemahiran tertup pula ialah berdasarkan pergerakan yang tetap serta pergerak yang telah di peruntukan melakukan pergerakan tersebut. Contohnya melakukan aktiviti memanah.
  • Permulaan dan pengakhiran pergerakan
-ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1 )Discrete motor skill – ialah dimana kemhiran moto yang mudah dan pergerakan yang dilakukan secara tidah berterusan. Contohnya seperti merejam lembing.
2) Continuous motor skill- ialah satu pergerakan atau kemahiran yang dilakukan secara berulang-ulang. Contahnya seperti berenang.
3) Serial motor skill- ialah kemahiran yang dilakukan mempunyai kesinabungan  dua kemahiran atau secara bersiri seperti lompat kijang.
  • Pergerakan otot
-kemahiran ini boleh dibahagikan kepada 2 iaitu kemahiran moto kasar dan kemahiran moto halus. Kemahiran moto kasar adalah kemahiran yang menggunakan otot yang besar seperti menendang bola sepak.
-manakala kemahiran moto halus ialah ialah dimana pergerakan atau kemahiran yang dilakukan menggunakan otot yang kecil seperti bermain dart.

2.         Berdasarkan kriteria pengkelasan kemahiran di soalan 1 ,nyatakan contoh kemahiran dalam sukan yang relevan mengikut jenis klasifikasi tersebut.
  • Persekitarn
-kemahiran terbuka seperti penjaga gol bola sepak yang menghalang gawangnya dari dibolosi dengan menghalang bola masuk melalui pelbagai arah.
-kemahiran tertutup seperti memanah.
  • Permulaan dan pengakhiran pergerakan
- Discrete motor skill sukan seperti melempar cakera, merejam lembing dan melontar peluru
- Continuous motor skill sukan seperti berenang dan berjalan kaki.
- Serial motor skill sukan seperti lompat kijang dan lompat tinggi
  • Pergerakan otot
-kemahiran moto kasar sukan seperti ragbi, bola sepak hoki dan bola baling
-kemahiran moto halus sukan seperti dart, dam, dan snooker.